Ahad, 27 November 2011

Penjagaan Alam Sekitar(Contoh Karangan)


Masalah sampah-sarap terus menjadi masalah utama kepada negara. Tidak
kira di mana kita berada, kita pasti dimalukan dengan kekotoran yang disebabkan oleh
pembuang sampah-sarap oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan
sampah-sarap ini telah mengundang kepada kedatangan lalat dan nyamuk yang boleh
membawa penyakit berbahaya seperti penyakit malaria dan demam denggi. Pada masa yang sama, ia juga menjatuhkan imej negara di depan mata pelancong asing.Justeru, pelbagai langkah perlu diambil dengan segera untuk membaiki keadaan ini. Salah satu daripadanya ialah memulakan amalan kebersihan sejak dari rumah. Anak-anak kecil diibaratkan “sehelai kain putih”, maka ibu bapa lah yang bertanggungjawab mewarnai dan mencorak hidup mereka. Oleh itu, anak-anak harus dipupuk agar cinta akan kebersihan dan diajar cara-cara yang betul membuang sampah-sarap sejak mereka kecil lagi. Selain itu, peranan sekolah amat penting dalam mengatasi masalah pencemaran dan kekotoran. Di sekolah, pelajar haruslah dipupuk mengamalkan gotong-royong dalam usaha membersihkan serta mengindahkan sekolah. Jadual membersihkan kelas perlu diwajibkan dan dijalankan setiap hari semasa waktu persekolahan atau sebahagian waktu kokurikulum. Penguatkuasaan peraturan sekolah yang tegas perlu juga dilaksanakan untuk melarang pelajar-pelajar daripada mengotori kawasan sekolah. Sekiranya amalan ini sudah sebati dalam jiwa pelajar, maka sudah pasti mereka akan mementingkan aspek kebersihan walau di mana-mana mereka berada. Langkah yang seterusnya ialah melancarkan kempen kebersihan di peringkat kampung dan mukim dengan tujuan untuk meyedarkan masyarakat agar memahami kepentingan menjaga kebersihan. Mesej kerajaan kepada rakyat untuk menjaga kebersihan perlu disalurkan melalui pelbagai saluran seperti siaran iklan di radio dan televisyen, suratkhabar, mencetak risalah atau poster. Setelah itu, kempen yang dijalankan hendaklah diikuti dengan penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan setiap kempen itu dijalankan secara berterusan dan melekat dalam jiwa setiap anggota masyarakat. Kesimpulannya, dengan pelaksanaan langkah-langkah yang berterusan dan bukannya bersifat musim, nescaya masalah kekotoran dan sampah-sarap akan dapat diatasi dan negara kita pasti akan bersih dan rakyatnya pula sihat sejahtera, bak kata pepatah, “Jiwa yang suci terpancar daripada diri yang bersih.” Justeru, marilah kita bersama-sama memastikan masalah kebersihan di tempat kita berakhir dengan segera.

LINUS....

LINUS..satu program yang diperkenalkan di bawah sub NKRA.Ramai yang mempetikai,ramai yang menyokong dan ramai yang berkata "tunggu dan lihat sahaja".Namun hakikatnya,bagiku LINUS adalah satu usaha terbaikku.LINUS satu cabaran dan kegembiraan bermakna buatku.LINUS yang melibatkan program literasi(bahasa) dan numerasi(matematik)merupakan satu peluang buatku untuk membuktikan kemampuanku sebenar apabila berhadapan dengan murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran.Berkat kerjasama rakan sejawat dan pihak pentadbir,bermula dengan 9 orang pelajar,kuberupaya menjadikan 8 orang murid LINUS bergerak ke arus perdana untuk tahun berikutnya.Terima kasih kepada semua yang turut memikul tanggung jawab ini demi membina generasi seterusnya yang pandai membaca,menulis dan mengira

Jumaat, 25 November 2011

Dunia Melayu

 
 
Istilah Melayu boleh membawa maksud dan pengertian yang berbeza iaitu:-