Sabtu, 3 Disember 2011

1 perkataan 2 maksud..

Sememangnya Bahasa Melayu itu indah.Setiap perkataan boleh mewakili pelbagai maksud.Apa yang penting bagaimana kita mengolah perkataan tersebut dan membina untuk konteks yang berbeza.Di bawah ini kita kongsi bersama beberapa patah perkataan murid tahun 5 sebagai renungan bersama.
1.segar:
           - Sayur-sayuran yang segar banyak khasiatnya.
           - Udara di puncak gunung itu segar.
2. nanti:
           - "Ayah akan membelikan adik mainan itu petang nanti," kata ayah kepada adik.
           - Kedatangan kamu akan saya nanti dengan sabar.
3. turut:
           - Ali turut serta dalam pertandingan kuiz itu.
           - "Janganlah jadi pak turut",nasihat ibu kepada Rama.
4. bela:
           - "Saya akan bela anak itu," kata Zamri.
           - "Kematianmu akan kubela,"kata Arif dalam hatinya.
5. pantang:
             - Pantang diajak,Bidin akan terus mengikut kawannya.
             - Liza masih dalam pantang kerana baru melahirkan bayi.
6. memotong:
             - Rani memotong rumput pada setiap hujung minggu.
             - Perbuatan memotong kenderaan di selekoh berbahaya akan mengundang padah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan